Buat quotation atau sebut harga PDF yang kemas sebelum pelanggan setuju membeli. Sesuai untuk peniaga kecil, freelancer, kontraktor, servis rumah, katering, printing, seller online dan bisnes yang selalu beri harga kepada pelanggan.
Isi maklumat bisnes, pelanggan dan item tawaran. Sistem akan kira subtotal, diskaun, SST dan jumlah akhir secara automatik.
| Butiran | Qty | Harga (RM) |
|---|
Ada cadangan / perlukan bantuan? Email niagasenang@gmail.com
Quotation atau sebut harga ialah dokumen yang diberi kepada pelanggan sebelum mereka bersetuju membeli produk atau menggunakan servis. Ia menunjukkan anggaran harga, senarai item, kuantiti, terma, tempoh sah harga dan jumlah keseluruhan. Untuk peniaga kecil, quotation membantu pelanggan faham tawaran dengan jelas sebelum membuat keputusan.
Dalam bisnes harian, ramai pelanggan akan tanya “berapa harga?”, “boleh bagi quotation?”, atau “boleh saya tengok pecahan kos?”. Kalau jawapan hanya diberi melalui chat, maklumat mudah tenggelam atau salah faham. Dengan quotation PDF, peniaga boleh beri dokumen yang lebih kemas, mudah dihantar melalui WhatsApp atau email, dan senang dirujuk semula.
Quotation yang baik biasanya mengandungi nama perniagaan, nombor quotation, tarikh, nama pelanggan, senarai item atau servis, kuantiti, harga seunit, subtotal, diskaun, cukai jika berkenaan, jumlah akhir dan nota seperti tempoh sah harga. Untuk bisnes kecil, maklumat ini sudah cukup untuk kelihatan profesional dan mudah difahami pelanggan.
Quotation digunakan sebelum pelanggan setuju membeli. Invoice digunakan untuk meminta bayaran selepas pelanggan setuju atau selepas kerja dibuat. Resit pula digunakan sebagai bukti bayaran selepas duit diterima. Bila peniaga guna dokumen yang betul pada masa yang betul, rekod jualan jadi lebih jelas dan pelanggan lebih mudah faham status transaksi.
Ya, tool quotation NiagaSenang boleh digunakan secara percuma tanpa login.
Draft quotation disimpan dalam browser menggunakan localStorage. Jika anda clear browser data atau tukar device, draft boleh hilang.
Boleh. Tool ini sesuai untuk contractor kecil, freelancer, servis rumah, seller online, katering, printing dan peniaga servis.
Tidak semestinya. Quotation ialah tawaran harga sebelum pelanggan setuju. Bila pelanggan setuju, anda boleh keluarkan invoice untuk meminta bayaran.