Buat resit PDF yang kemas selepas pelanggan membuat bayaran. Sesuai untuk peniaga kecil, freelancer, seller online, kedai makan, servis rumah, katering, printing dan bisnes yang perlukan bukti bayaran.
Isi maklumat bisnes, pelanggan, bayaran dan item jualan. Sistem akan kira subtotal, diskaun, SST dan total dibayar secara automatik.
| Butiran | Qty | Harga (RM) |
|---|
Ada cadangan / perlukan bantuan? Email niagasenang@gmail.com
Resit ialah dokumen bukti bayaran selepas pelanggan sudah membayar. Dalam bisnes kecil, resit sangat penting kerana ia membantu peniaga dan pelanggan sama-sama ada rekod transaksi yang jelas. Resit boleh digunakan untuk jualan tunai, transfer bank, bayaran QR, e-wallet atau bayaran selepas servis selesai.
Ramai peniaga kecil hanya simpan bukti bayaran dalam WhatsApp atau screenshot bank. Cara itu boleh digunakan sementara, tetapi semakin banyak transaksi, semakin susah untuk cari semula rekod. Dengan resit PDF, setiap bayaran boleh disimpan dengan nombor resit, tarikh, item, jumlah dan rujukan bayaran yang lebih tersusun.
Resit yang baik biasanya mengandungi nama perniagaan, nombor resit, tarikh, nama pelanggan jika ada, senarai item, kuantiti, harga, jumlah dibayar, kaedah bayaran dan rujukan bayaran. Untuk bisnes kecil, maklumat ini sudah cukup untuk membina rekod transaksi yang jelas dan mudah dirujuk.
Quotation digunakan sebelum pelanggan setuju membeli. Invoice digunakan untuk meminta bayaran selepas pelanggan setuju atau selepas kerja dibuat. Resit pula digunakan selepas bayaran diterima sebagai bukti bayaran. Bila peniaga guna dokumen yang betul, rekod jualan dan status bayaran jadi lebih jelas.
Ya, tool resit NiagaSenang boleh digunakan secara percuma tanpa login.
Draft resit disimpan dalam browser menggunakan localStorage. Jika anda clear browser data atau tukar device, draft boleh hilang.
Boleh. Anda boleh isi kaedah bayaran sebagai Transfer dan masukkan nombor rujukan transaksi bank pada bahagian Rujukan Bayaran.
Tidak. Invoice biasanya digunakan untuk meminta bayaran. Resit digunakan selepas bayaran diterima sebagai bukti pembayaran.