🚀 NiagaSenang — Tool Percuma Untuk Peniaga Malaysia

Buat invoice/resit, rekod duit masuk-keluar, tengok untung rugi & cashflow — semua dalam satu tempat. Offline-first, data simpan dalam browser.

Cash Basis Offline-first Local Storage

Kenapa NiagaSenang wujud?

Ramai peniaga micro dan small business di Malaysia rajin berniaga, rajin buat sales, tapi bila sampai hujung bulan — terasa macam duit “hilang entah ke mana”. Kadang-kadang bukan sebab bisnes tak jalan. Sering kali sebab rekod kewangan tak cukup jelas. Bila nombor tak nampak, peniaga akan buat keputusan ikut rasa: beli stok ikut gerak hati, letak harga ikut pesaing, atau potong kos ikut tekaan.

NiagaSenang dibina untuk jadikan rekod kewangan sesuatu yang mudah dan boleh mula hari ini. Kau tak perlu setup sistem rumit, tak perlu login, dan tak perlu “jadi akauntan”. Kau cuma perlukan satu habit: rekod duit masuk dan duit keluar (cash basis). Dari situ, report macam P&L dan Cashflow boleh automatik kira dan bantu kau nampak keadaan bisnes sebenar.

Apa maksud cash basis untuk peniaga?

Cash basis maksudnya: kita kira bila duit betul-betul masuk atau keluar. Ini paling sesuai untuk peniaga kecil, sebab senang nak faham dan senang nak track. Contoh: kau jual barang hari ini, pelanggan bayar hari ini — itu income. Kau bayar supplier hari ini — itu expense. Bila rekod konsisten, kau boleh jawab soalan penting: “Aku sebenarnya untung ke rugi?” dan “Cash aku cukup ke untuk survive bulan ni?”

Masalah biasa peniaga bila tak ada rekod

  • Harga jual tak cover kos sebenar (margin bocor).
  • Nampak sales tinggi tapi cash selalu ketat (cashflow problem).
  • Stok cepat habis atau rosak, tapi tak sedar “leak”.
  • Komitmen bulanan (sewa, bil, loan) makan cash tanpa plan.
  • Susah nak buat keputusan: nak tambah produk, nak stop ads, nak upah staff.

Cara paling cepat untuk guna NiagaSenang

  1. Start dengan Ledger: rekod semua duit masuk & keluar. Buat simple dulu.
  2. Buka P&L: tengok kategori mana buat duit, kategori mana bocor.
  3. Buka Cashflow: tengok net cash, burn per day, dan “survival view”.
  4. Set komitmen bulanan: supaya kau tahu minimum cash yang mesti ada.
  5. Track stok: elak out-of-stock dan elak beli stok berlebihan.

Bila nombor jelas, keputusan jadi mudah. Kau boleh adjust harga dengan yakin, potong kos yang tak perlu, dan fokus pada produk/servis yang betul-betul bagi untung. Itu matlamat NiagaSenang — bagi peniaga tool yang ringkas, tapi cukup power untuk bantu bisnes jadi stabil.

Privasi & backup

NiagaSenang bersifat offline-first: data disimpan di browser (localStorage). Ini bagus untuk peniaga yang nak cepat dan tak nak setup rumit. Tapi ingat: kalau kau clear browser data atau tukar device, data boleh hilang. Sebab tu NiagaSenang sediakan fungsi Export/Import backup pada tools tertentu (contohnya Ledger dan Komitmen). Untuk detail, rujuk Privacy Policy.

Nota: Tool ini untuk kegunaan dalaman. Untuk compliance cukai/e-Invoice dan laporan rasmi, rujuk akauntan atau penasihat cukai.

📌 Info penting

Halaman rasmi ini disediakan untuk rujukan pengguna, maklumat privasi dan terma penggunaan laman NiagaSenang.

About Terms Contact Privacy

💝 Sokong NiagaSenang

Jika tool percuma ini membantu bisnes anda, sumbangan kecil amat dihargai untuk sokong kos pembangunan dan penambahbaikan NiagaSenang.

© NiagaSenang — Tool percuma untuk peniaga Malaysia (offline-first).